Thursday, November 5, 2009

Hati Seorang Isteri Solehah- "Part 1"

Alhamdulillah usai sudah 2 paper final xzam...tinggal 2 paper lagi untuk berjuang di "medan tempur dunia" ..masih belum sempat lagi diri ini untuk melontarkan idea baru di dalam blog .nie,tapi sedikit perkongsian cerpen yang menyentuh hati ana tuk tatapan semua sahabat....

"Jangan mengharapkan isteri seperti Fatimah, Jika diri tidak sehebat saidina Ali"

" Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya"�
An-Nissa' : 1

Sabrina tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Sabrina mengenali Zaid al-Harithah sejak berada di bumi SMKAK lagi. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya!! Zaid memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Zaid pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro. Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu, Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya. Rasulullah pernah bersabda, "Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu".�

"Umi!! Abu ingat abi."
" Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu".

Abu Bakar, Putera sulung Sabrina bersama Zaid. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq, sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Sabrina. Setelah sah menjadi suri Zaid, Sabrina bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah. Sabrina ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.

Fatimah,begitu comel wajah itu. Masih Sabrina ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Zaid tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi seorang doctor di Hospital Besar Alor Star. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas. Perginya ke mana-mana. Sabrina bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Sabrina terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Zaid tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Sabrina menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mata di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.

" Ayang nak letak nama apa"?
" Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah".�
" Sumayyah?"
" Abang suka?"
"Entahlah. Apa kata Fatimah Az-Zahrah?".�

Zaid mengucup dahi isteri tercinta. Zaid bahagia bersama Sabrina. Zaid bersyukur kerana Sabrina kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Sabrina begitu memahami. Sabrina tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Sabrina sentiasa patuh, dan redha. Zaid tahu, Sabrina kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Sabrina akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Sabrina tetap menerima. Sabrina mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Zaid tahu.

Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

" Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?".� Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
" Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak".
" Bagaimana pula dengan rotan?
" Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya."�
"Adakah dia sering memukulmu?"�
"Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya."�
"ooo. Kamu memang layak masuk syurga," bisik hati Fatimah.

Sabrina ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Sabrina terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Zaid. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Sabrina tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,
Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung.
Abang.

Abang,
Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu.
Kakak.

Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Sabrina menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Sabrina merancang sebegitu lama. Sabrina fikir, jika Zaid membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Zaid tidak pernah mahu mengerti?

"Ayang, minggu depan abang kena bagi ceramah kat Langkawi. Mungkin dalam dua hari".
" Pergilah bang. Orang dah jemput".
" Macam mana anak-anak?"�
" Abu macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah."

" Ayang penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?"
" Emmm"


Abang,
Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Sabrina ingin selalu di sampingmu.

Sabrina serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Zaid bergegas ke pejabat. Malamnya, jika ada jemputan, Zaid perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Zaid tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Zaid tidak tidur langsung. Sabrina kasihan melihat suaminya. Meskipun Zaid tidak pernah meluahkannya, Sabrina tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, "Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. (� Ibrahim : 7.)
Ya Sabrina perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Seperti biasa, Sabrina menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Sabrina begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Sabrina mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman,'hiduplah sebagai ulama, matilah sebagai syuhadah'. Sabrina mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Sabrina cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Zaid akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Zaid. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.

" Kakak, Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik".
" Abang Zaid tiada. Pergi ceramah di Langkawi. Macam mana kakak nak keluar rumah?"
" Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik."
"Nanti kakak telefon abang Zaid."

Telefon Zaid? Mana mungkin Sabrina mengganggu Zaid waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Sabrina tahu, suaminya tidak akan marah. Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Sabrina tidak mahu menghalang gerak kerja Zaid. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Zaid gelisah. Sabrina yakin, Zaid pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Sabrina mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Sabrina tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Sabrina mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. Ibu juga tidak boleh ambil tahu. Sabrina banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit

"Kakak... Nenek dah meninggal."
" Innalillahiwainnailahirajiun."

Sabrina senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.

Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Sabrina sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Sabrina tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.

" DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali."�

" Kak Sabrina."
" Ya saya. Siapa di sana?"�
" Saya Hafizah, anak didik ustaz Zaid."�
" Ustaz tiada. Dia belum pulang. Hafizah nak pesan apa-apa?"�
" Em, Akak... Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu,� talian sunyi sebentar.
" akak, Saya mencintai ustaz Zaid. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua".�
" Ustaz tahu hal ni?"� Sabrina cuba menahan getar di hatinya.
" Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa.� Diam lagi.
" Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak... Pinanglah dia untuk saya."

Hampir terjatuh gelas putih itu. Sabrina tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Sabrina tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Sabrina tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua,tiga, dan empat. Sabrina yakin Zaid mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi................

(to be continue)
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This

2 comments:

Syis Abdul Kadir on November 17, 2009 at 1:58 AM said...

good job..

Raudah Solehah on November 18, 2009 at 8:10 AM said...

syukran ustz...

Post a Comment

 

~Raudah Solehah~ Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities