Monday, November 9, 2009

Hati Seorang Isteri Solehah- "Part 2"

~sambungan~

Sabrina tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Sabrina tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
" Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,"
Al-Baqarah : 286.
Sabrina juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar".
Tapi!!!

Macam mana dengan Hafizah? Hafizah mencintai suaminya. Mengapakah Zaid yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Zaid turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Zaid menyuruh Hafizah meminta kebenaran. Nanti Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Sabrina memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Hafizah, dan Zaid. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Sabrina yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Sabrina menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

Sabrina teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Sabrina tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi...

Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

"Kenapa lain macam je ayang sekarang? Ada masalah ke?" Zaid mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Sabrina lain dari biasa.
"Tak adalah bang. Ayang letih je," kata Sabrina menahan sebak di dada.
" Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal Zaid lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Sabrina!! Abang mencintaimu. Zaid memeluk Sabrina, dan mendudukkan dia di sisinya.
" Ceritakanla, Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita."
"Abang"Sabrina makin sebak.

Tiba-tiba!!

"Umii... Tengok abang ni. Dia kacau Imah."
" Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main je."
" Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi.

Tak sanggup Sabrina membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Zaid. Hafizah! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Zaid yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Zaid bersetuju? Tak sanggup Sabrina menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Zaid menolak, Sabrina pasti menangis suka. Tapi, jika Zaid menerima? Sabrina menangis juga. Dia menangis kedukaan. Zaid pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Sabrina tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Zaid yang diharapkannya.

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Sabrina melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Sabrina bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Sabrina lupa. Dia tidak boleh menipu Zaid. Suami itu menyedari perubahan Sabrina. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Sabrina manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Zaid amat mencintai Sabrina, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Zaid gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Sabrina yang lain itu sudah cukup meresahkan Zaid. Sedarkah Sabrina? Lebih parah lagi bila Zaid tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Zaid. Sesungguhnya
Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNyaâ( At-Taubah : 24.)

" Abang" Sabrina bersuara satu malam.
"Yang..."

"Baru-baru ni, pelajar abang telefon".
" Ya."
" Hafizah namanya," Sabrina cuba melihat reaksi Zaid tapi tiada perubahan pada wajah itu.
" Ya."
" Katanya..." Diam seketika.
" Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang."
" Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
"Kahwinilah dia," lantas Sabrina menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Sabrina menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
" Sebab inikah kamu berubah isteriku?" Bisik hati Zaid. Diangkat muka Sabrina. Ditenung mata yang berair itu. Sabrina menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Zaid mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
" Kalau ayang suruh abang kahwin, kenapa menangis?" Diam!
" Ayang tak sanggup?" Diam lagi

" Kalau tak sanggup, kenapa suruh abang kahwin?" Lidah Sabrina kelu.
" Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nur Syahidatul Sabrina namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang."

Lagi seminggu Sabrina akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Zaid tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Sabrina terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Zaid melihat Sabrina. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.

" Abang! Takut rasanya kali ini."
" Kenapa? Kan abang ada."
" Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk."
" InsyaAllah, segalanya akan selamat."
" Abang..."
" Ya."
" Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…”
" Tak akan ada apa-apa yang berlaku.”
" Kalau-kalau…”
" Semua akan selamat," pintas Zaid.
" Kalau-kalaulah,,, Abang nikahilah Hafizah sebagai pengganti ayang."

Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Zaid mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Sabrina juga tidak terkecuali. Percayalah Sabrina. Cinta abang untuk Sabrina seorang.

" Encik Zaid! Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu."
" Selamatkan keduanya," Zaid seolah memberi arahan.

Zaid memegang erat isterinya. Muka Sabrina pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Sabrina. Diciumnya pipi itu. Zaid ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Sabrina sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Sabrina sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Zaid itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Sabrina menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ibnu Jarir Meriwayatkan

"Barangsiapa yang mencintai seseorang kerana Allah,Membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah.Maka sesungguhnya hal itu memberikan kecintaan dan pertolongan dari Allah.Dan seseorang tidak akan menemui rasa nikmat iman,sekalipun solat dan puasanya sehingga dia bersikap sedemikian.Persahabatan antara manusia yang bersandaran kepada kepentingan dunia tak berguna sedikit pun bagi mereka"

Sekadar perkongsian,betapa sukarnya untuk menjadi setabah Sabrina andai tidak dilentur dengan tarbiah yang sempurna...Wahai muslimah sejati,persiapkanlah dirimu untuk menjadi MADU bagi PERJUANGAN!!!

"TIDAK ADA APA YG LEBIH MANIS DLM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN & CINTA ILAHI."
About The Author
Bie, that's my name. Im just an ordinary blogger.Ea eam labores imperdiet, apeirian democritum ei nam, doming neglegentur ad vis. Ne malorum ceteros feugait quo, ius ea liber offendit placerat, est habemus aliquyam legendos id. Eam no corpora maluisset definitiones.
Share This

0 comments:

Post a Comment

 

~Raudah Solehah~ Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities