Tuesday, January 26, 2010


Sudah lame ku biarkan blog nie bersarang dengan jayanye,memberi peluang labah-labah meneruskan langkah-langkah perjuangan(",)..bukan sengaja ku biarkan tetapi atas kekangan-kekangan yang terpaksa ku hadapi,bile naek degree baru ana kenal erti kehidupan n mase yg sebenar.Tugasan tutorial n ISL datang bertimbun-timbun,kalah homework mase sekolah dulu,hehe...bertambah pulak dengan tanggungjawab yang perlu di pikul..bukan ku merungut,tetapi ada mase diri kerdil yang tidak terlepas dari dosa ini ini merasa putus ase dalam perjuangan..

Pernah ku rase diri ini keseorang dalam meneruskan langkah,,,masing-masing dengan komitmen masing-masing...tetapi,,satu ketika aku sedar mase inilah sebenarnye hadiah dariNYE buatku untuk aku terus bergantung pade al-Kholiq...nak di jadikan cerita ketika ana sedang mngmas laci meja,Die telah menggerakkan hatiku untuk membuka sekeping kertas usang yang sudah lama ku simpan...Usai membaca warkah itu air mataku mengalir laju DEK TERHARU dengn sdikit untaian yg terlakar tetapi cukup mnyntuh hatiku......KINI,ana semakin bersemgt dalam mngtur langkah perjuangn kerana ku sedar diri ini tidak keseorang....

Disini ana nk kongsikan untaian kate2 td yang telah membakar kmbli semngt ana tuk terus mngorak lngkah sebagai hadiah buat sahabat-sahab yang pernah dan mersa putus asa dalam perjuangn...


SRIKANDIKU

Bangkitlah dirimu

Ummah sedang merinduimu

kegemilangan tetap menunggu

Ayuh teman

sambut tanganku

kita beriringan

hanya satu harapan

Demi tertegaknya Daulah Islamiyyah

Wahai pejuang agama tetaplah dirimu

umpama Jundu Muhammad

dengan satu tekad….

ALLAHU AKHBAR!!!!!

Terus berjuang biar terbuang

DIA disisi jika dibenci

Tika tersisih ingat yang mengasih

Biar rebah jangan mengalah

Tetap mara walau sengsara

Diriku disisi sentiasa menemani

bersama berjihad hingga SYAHID!!!!!

*hayati n renunglah sajak ini dengn mata hati...anda akn temui jawapanye.....


Sunday, December 6, 2009

Dah Tua Dah


*syukran sahabat2 sume




*suprise yg xku duga

alhamdulilah hari nie genap sudah seminggu ana cukup umur...(",)..tapi bukan ana nak coretkan tentang birthday ana tapi juz sedikit penghargaan tuk insan-insan tersayang yang sentiase memberi semangat dalm kehidupan seharian....

sahabat,
walau tanpa teman istimewa d cc
AKU masih tetap disayangi oleh insan-insan laen.
AKU tetap akan bahagia dengan sentuhan kasih seorang sahabat yang suci.
AKU akan terus melakar senyuman dikelilingi sahabat-sahabt seperjuangn
tatkala diriku jatuh tersungkur dalam perjuangan
AKU akan terus yakin dengan keindahan tawakl padaNYE...
bersamaMU SAHABAT-SAHABAT SEMUA....

ana uhubbukum abadan abada...

MESTI TAHU!!!

PENYAKIT BERKAITAN DENGAN HAIDH

  1. DISMENOREA

* Wanita mengalami kekejangan dan kesakitan yang teruk semasa haidh.

* Sebanyak 50% wanita dianggarkan mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haidh dan hilang selepas 1 – 2 hari.

* Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah andomen dan kerap kali disertai dengan gejala sistematik seperti mual,muntah,sakit kepala,ciirit-birit dan kepeningan.

* Masalah ini boleh dikelaskan kepada 2 bahagian yakni dismenorea primer dan dismenorea sekunder.

* Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim atau disebabkam oleh masalah penyakit tertentu.

* Dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah-masalah tertentu seperti endrometriosis,fibroids(ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi plevik.

  1. MENORAGIA

* pendarahan yang banyak semasa haidh.

* berlaku pada 9-14% wanita.

* ianyanya juga boleh membawa kepada pembekuan darah semasa pendarahan yang banyak berlaku.

  1. AMENOREA

* masalah tidak datang haidh (Primer) atau kurang mengalami haidh (Sekunder).

* sesetengah wanita tidak datang haidh melebihi tempoh 3 bulan

* Amenorea primer kebiasaanya dikaitkan dengan kegagalan berlakunya haihd sebelum umur 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungi kromosomal,pituitari atau ovarian.

* Amenorea sekunder disebabakan oleh mengandung,penyusuan,menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik.

* Ianya juga boleh disebabkan oleh ganguan bahagian hipotalamus(bahagian otak)kelenjara pituitari,kalenjar adrenal,ovari dan uterus.

  1. PENDARAHAN DAN KESAKITAN SEMASA TEMPOH ANTARA HAIDH

* masalah ini berlaku di pertengahan kitar haidh dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga kepada beberapa hari.

* kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan.

* ketidak selesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi.

  1. SINDROM PRAHAIDH

* ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks dimana ianya dikenali sebagai sindrom Prahaidh.

* gejala ini kebiasaanya membabitkan rasa mual selama 2-3 hari sebelum kedatangan haidh atau di akhir-akhir tempoh haidh disebabkan oleh turun naik parras hormon.

* masa bermula gejala ini berbeza dalam kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita.

* kebiasaanya gejala ini disebabakan oleh gabungan keadaan fisiologi,psikologi dan faktor budaya.

* Diantara gejala yang sering dialami ialah:

- Psikologikal : emosi menjadi terlalu sensitif,meradang,lesu,tertekan,keresahan dan ganguan tidur.

- Neurologik : sakit kepala (migrain) pening,pitam,sawan

- Payudara : ketegangan dan bengkak

- saluran Gastrousus : sembelit,kembung perut,kekejangan pada bahagian obdomen, ketagihan gula-gula.

- Kaki dan Tangan : bengkak dan berair(edema)

- Kurang kencing

- Kulit berjerawat

Monday, November 16, 2009

Persiapkan Dirimu Wahai Mujahidah....


Wahai mujahidah...adakah perjuangan yang kau perjuangkan hari ini hanya retorik semata-mata??? Berapi-api dalam mengeluarkan kata-kata dakwah sedangkan dirimu masih kosong berkaetan dengan ilmu yang berkaitan dengan kaummu...Kaum muslimin pula yang telah tampil ke hadapan dalam menyelesaikan masalah dirimu...Bukan ana kata salah tetapi biarlah diri kita sentiasa ”mengupdate” ilmu yang berkaetan dengan kaum kita terlebih dahulu agar dakwah yang kita sampaikan lebih mantap dan berkesan... Jangan sampai dirimu dikritik hebat dek kejahilan dirimu dalam permasalan kaum kita...

Sedikit perkongsian ilmu berkaetan dengan istihadah..Semoga kita semua dapat mengamalkankanya dengan sebaik mungkin.

DEFINISI

* Darah yang keluar daripada rahim wanita di luar masa haidh atau nifas.


* Ianya juga merupakan darah penyakit yang kemungkinan disebabkan oleh kerosakan organ-organ tubuh atau dalam keadaan kesihatan seseorang tidak stabil

CIRI-CIRI ORANG BERISTIHADAH

* Mengeluarkan darah ketika di bawah umur 9tahun kurang 15 hari.

-Contohnya Fatihah mengeluarkan darah selama 3 hari 3 malam ketika berusia 8 tahun. Maka darah itu bukanlah darah haidh tetapi darah istihadah.

* tetapi kini sudah ramai anak gadis yang mengalami haidh ketika berusia seawal 7tahun kerana disebabkan banyak faktor-faktor yang mendorong seperti persekitaran,pemakan dan sebagainya.

* Mengeluarkan darah di luar masa batas maksimum keluarnya haidh (15 hari 15 malam).

* Mengeluarkan darah di bawah batas minima dari ketentuan haidh (24jam/ 1 hari 1 malam).

* Mengeluarkan darah di luar batas maksimum seorang perempuan yang mengeluarkan darah nifas (60 hari)

* Mengeluarkan darah 2 kali yang diselangi oleh masa suci yang kurang daripada 15hari(batas minima wanita mengalami masa suci)

BAHAGIAN ISTIHADAH

* مستحاضة مبتدئة مميزة

- Wanita yang baru kali pertama keluar haidh dan terus mengalami istihdah(darah keluar secara berterusan tanpa henti)

- Dapat membezakan klasifikasi darah sama ada darah yang keluar itu darah kuat atau darah lemah serta berapa jumlah hari bagi setiap jenis darah yang keluar.

* مستحاضة مبتدئة غير مميزة

- Wanita yang kali pertama keluar haidh dan terus mengalami istihadah tetapi tidak dapat untuk membezakan klasifikasi darah.

* مستحاضة معتادة مميزة

- Wanita yang sudah biasa mengalami haidh pada bulan sebelumnya dan pada bulan berikutnya beliau mengalami istihadah dan dapat membezakan klasifikasi darah.

* مستحاضة معتادة غير مميزة

- Wanita yang sudah biasa mengalami haidh pada bulan sebelumnya dan pada bulan berikutnya beliau mengalami istihadah dan tidak dapat membezakan klasifikasi darah.

* مستحاضة معتادة غير مميزة ناسية

- Wanita yang sudah biasa mengalami haidh pada bulan sebelumnya dan suatu saat beliau mengalami istihadah

- Tidak dapat membezakan klasifikasi darah.

- Lupa akan masa ia mengeluarkan drah dan lupa jumlah bilangan darah yang ia keluarkan.

- Ianya juga dipanggil مستحاضة متحيرة (perempuan yang kehairanan) bagi yang menghadapi situasi ini.

ـjika diberi keizinan OlehNya pada entri akan datang ana akan jelaskan 1 per 1 bahadian istihadah...InsyaAllah..

** sumber rujukan:Panduan Fardu Ain Lengkap hasil karya Abu Al-Baqir Al- Burhani Al-Fathani

Tuesday, November 10, 2009

NAK JADI WANITA UNGGUL????


Mengetahui hukum hakam mengenai haidh adalah fardhu ain bagi setiap wanita islam.Ianya wajib dipelajari walaupun terpaksa keluar untuk mempelajarinye...

Al khatib al-Syirbini berkata:"Seseorang wanita wajib keluar untuk mempelajari hukum hakam berkaitan dengan haidh,isthihadah dan nifas. Jika si suami mengetahuinya,die wajib mengajar isterinye. Jika si suami tidak mampu menerangkan hukum hakam berkenaan haidh maka isteri boleh keluar untuk bertanyakan ulama. Malahan ia wajib keluar dan haram bagi suami menghalangnye keluar kecuali jika suami mampu menberikan jawapan apabila ditanya,maka memadailah dengan jawapan si suami. Perempuan tidak boleh keluar untuk menghadari majlis ilmu atau majlis zikir kecuali dengan izin suaminye"....

Bila baca kata2 nie ana rase terpanggil tuk berkongsi dengan sahabat2 sume berkaitan ngan masalah wanita walaupun diri ini agak malu untuk mengetengahkan hal yang berkait rapat dengan diri kita setiap bulan. Tetapi tiade istilah malu dalam menuntut ilmu. Tambahan pula ilmu ini wajib dipelajari sameada bagi kaum hawa mahupun adam kerana bagi kaum adam mereka wajib untuk mengajarkanye kepada zaujah dan anak2 perempuan mereka nanti.Maka bekalkan diri anda sebaik mungkin.tetapi!!!jangan salah guna ilmu yang kita dapt.IKHLASKAN HATI DALAM MENCARI ILMU ALLAH

Disini ana gunakan konsep soal jawab sebagaimana yang telah ana baca dalam buku FIQH WANITA MODEN.Semoga ianya dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam untuk kita semua.

1)Apakah pengertian haidh?
Dari segi bahasa: turun sesuatu secara mengalir
Istilah: darah yang keluar dari rahim wanita yang sudah baligh kerana fitrah semulajadi kejadianye bukan kerana penyakit.

Firman Allah SWT yang bermaksud:mereka bertanya kepadamu tentang haidh.Katakanlah:"haidh itu adalah suatu kotoran"
ianya dinamakan sebagai kotoran kerana warnanye yang kotor,baunye yang busuk dan boleh mendatangkan kemudharatan.

2)Adakah haidh berlaku pada haiwan?
Ya,terdapat haiwan yang mempunyai haidh iaitu arnab,dubuk,kelawar,unta ,anjing,cicak,kuda dan lain-lain.

3)Bagaimanakh dengan wanita yang bencikan kedatangan haidh?
Seseorang wanita yang benci dengan kedatangan haidh pada dirinya adalah berdosa.Ia dianggap cetek ilmu pengetahuan. Sebenarnye kedatangan haidh menandakan kesuburan organ peranakan wanita,ia amat penting bagi setiap wanita.Tanpa kedatangan haidh mungkin organ peranakan bermasalah dan mungkin menandakan ia mandul oleh itu kaum wanita mestilah redha dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT sabda Rasulullah SAW: "sesungguhnya ini adalah suatu urusan yang telah ditentukan Allah kepada perempuan-perempuan keturunan Adam"

4)Kenapakah ada wanita yang merasa sakit ketika kedatangan haidh?
Rasa sakit kedatangan haidh adalah biase terutamanye dalam kalangan wanita yang belum berkahwin.Kebiasaan ini akan hilang apabila meningkat usia lebih kurang 25 tahun.

5)Apakah warna darah haidh?
Dalam satu hadith riwayat Abu Daud-al-Nasa'ie dan al-Hakim menyatakan darah haidh berwarna hitam hal ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah SAW: sesungguhnya darah haidh itu ialah darah hitam yang diketahui(warna dan baunye)
menurut Ulama mazhab Syafie pula terdapat 5 warna darah haidh iaitu:
  1. hitam
  2. merah
  3. kuning
  4. kuning kemerahan
  5. kuning keputihan
manakala menurut pendapat mazhab Hanafi terdapat 6 warna:
  1. hitam
  2. merah
  3. kuning
  4. keruh
  5. hijau
  6. warna seperti tanah

6)Apakah ciri2 darah haidh?
Nabi SAw menyifatkan ciri-ciri darah2 haidh adalah seperti berikut:
  • keadaanye pekat dan keluar berbuku-buku
  • ianya terasa hangat kerana kepanasan darah tersebut
  • ia keluar dengan perlahan dan tidak mengalir sebagai cairan yang biasa mengalir
  • mempunyai bau yang busuk dengan warnanye yang hitam dan sangat merah
I.allah pada post yang akan datang ana akan sentuh berkaitan dengan tempoh dan beza haidh dengan istihadah...

Monday, November 9, 2009

Hati Seorang Isteri Solehah- "Part 2"

~sambungan~

Sabrina tidak cukup kuat untuk itu. Sudah banyak dia berkorban. Perlukah dia berkorban lagi? Dia berkorban kerana ketaatan. Kerana patuh terhadap suami. Perlukah dia terus memendam rasa lagi? Menangis!! Sabrina tidak akan menangis kerana dugaan, dan ujian. Saidina Ali pernah menangis kerana dirasanya Allah tidak memandangnya. Mengapa? Kerana dirasakan tiada ujian diturunkan buatnya. Ujian!! Sebagai tanda kasih Tuhan. Sama ada ingin mengangkat martabat hambaNya itu, ataupun sebagai kafarah dosa yang dilakukan. Dua-dua sama. Sebagai tanda cinta Ilahi. Allah pernah berfirman,
" Tidak Aku bebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya,"
Al-Baqarah : 286.
Sabrina juga tahu firman Tuhan, " Sesungguhnya Allah bersama orang yang bersabar".
Tapi!!!

Macam mana dengan Hafizah? Hafizah mencintai suaminya. Mengapakah Zaid yang dipilih? Bukan teruna lain di muka bumi Allah ini? Adakah Zaid turut mempunyai perasaan yang sama? Atau, adakah mereka sebenarnya saling mencintai? Oleh sebab tidak sanggup berterus-terang, Zaid menyuruh Hafizah meminta kebenaran. Nanti Abu, dan Fatimah akan punya dua umi. Tidak sanggup Sabrina memikirkannya. Tidak sanggup dia melihat kemesraan Hafizah, dan Zaid. Berkahwinlah tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu. Sabrina yakin. Kala itu, dia pasti akan menangis. Kalau dulu, Sabrina menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi.

Sabrina teringat pesan Tok Guru. Poligami tidak salah. Malah meringankan beban wanita yang terseksa. Asal kita hayati, fahami konsepnya. Beliau juga berpesan kepada para suami agar tidak menambah yang sedia ada. Tetapi, jika gelora hati tidak mampu ditahan, nikahlah. Kahwinlah satu lagi. Tafaddhal masykura. Banyak kelebihan sebenarnya isteri yang membenarkan suaminya berkahwin lagi. Pertama, darjatnya pasti diangkat Allah. Kedua, membolehkan si isteri mendekatkan diri kepada Tuhan. Benar. Bila suami bersama isteri kedua, bolehlah isteri pertama melakukan ibadat sunat. Bolehlah dia qiam sepertiga malam. Sabrina tahu semua itu. Pasti dia dapat menghampiri Tuhannya. Mengadu, merintih kepadaNya. Tapi...

Kan ketaatan itu juga satu ibadah?

"Kenapa lain macam je ayang sekarang? Ada masalah ke?" Zaid mula bersuara bila mana dia menyedari perubahan yang berlaku kepada isterinya. Senyum Sabrina lain dari biasa.
"Tak adalah bang. Ayang letih je," kata Sabrina menahan sebak di dada.
" Bukan sehari abang kenal ayang. Dah bertahun kita bersama. Kenapa ni? Ayang ada masalah? Atau baby ni merungsingkan ayang?" Sangkal Zaid lantas mengusap perut isterinya yang mengandung tujuh bulan itu. Sabrina!! Abang mencintaimu. Zaid memeluk Sabrina, dan mendudukkan dia di sisinya.
" Ceritakanla, Ayang bukan sahaja isteri abang. Tapi sahabat, dan teman bagi abang. Tiada rahsia antara kita."
"Abang"Sabrina makin sebak.

Tiba-tiba!!

"Umii... Tengok abang ni. Dia kacau Imah."
" Alaa. Bukan Abu nak kacau. Abu nak main je."
" Abu main kasar, bukan nak main elok-elok. Cakap kat abi.

Tak sanggup Sabrina membuka suara. Mujur putera puterinya buat hal. Kalau tidak, tak tahu apa yang akan berlaku. Pasti dia akan teresak-esak di pangkuan Zaid. Hafizah! Mengapakah kamu hadir dalam hidupku? Kenapa Zaid yang kau pilih? Kenapa dia yang kau cinta? Bagaimana jika Zaid bersetuju? Tak sanggup Sabrina menerima realiti itu. Satu mimpi ngeri buatnya. Jika Zaid menolak, Sabrina pasti menangis suka. Tapi, jika Zaid menerima? Sabrina menangis juga. Dia menangis kedukaan. Zaid pasti memujuk tapi hatimya telah mati. Cerai? Ya. Perkara halal yang dibenci Allah. Sabrina tidak pernah terfikir untuk minta cerai. Hanya Zaid yang diharapkannya.

Sudah sebulan peristiwa itu berlaku. Sabrina melaksanakan tanggungjawab seorang isteri seperti lazimnya. Diasuh anak-anak sebaiknya. Dilayan suami seikhlasnya. Tidak pernah Sabrina bermasam muka. Apatah lagi berwajah sugul. Sabrina lupa. Dia tidak boleh menipu Zaid. Suami itu menyedari perubahan Sabrina. Ada benda yang cuba disembunyikannya. Senyum Sabrina manis tapi tidak semanis dahulu. Segalanya berubah. Zaid amat mencintai Sabrina, dan dia tidak mahu perubahan ini. Apa dah jadi? Zaid gelisah tak tentu. Kerjanya tanpa kosentrasi. Senyuman Sabrina yang lain itu sudah cukup meresahkan Zaid. Sedarkah Sabrina? Lebih parah lagi bila Zaid tidak dapat melakukan kerja dakwah seeloknya. Itulah kuasa wanita. Yang akhirnya menyungkurkan seorang lelaki. Bangkitlah Zaid. Sesungguhnya
Katakalah: Jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya, dan jihad ke jalan Allah, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan seksaanNyaâ( At-Taubah : 24.)

" Abang" Sabrina bersuara satu malam.
"Yang..."

"Baru-baru ni, pelajar abang telefon".
" Ya."
" Hafizah namanya," Sabrina cuba melihat reaksi Zaid tapi tiada perubahan pada wajah itu.
" Ya."
" Katanya..." Diam seketika.
" Katanya dia mencintai abang. Dia mahu mengahwini abang."
" Jadi?" Begitu tenang lelaki ini.
"Kahwinilah dia," lantas Sabrina menangis teresak-esak. Dia tidak mahu menangis tapi dia tidak mampu menahan sebak di dada. Disembamkan mukanya di riba suami. Habis basah pelikat itu. Sabrina menangis, dan terus menangis. Tidak sanggup untuk menatap wajah suaminya.
" Sebab inikah kamu berubah isteriku?" Bisik hati Zaid. Diangkat muka Sabrina. Ditenung mata yang berair itu. Sabrina menundukkan muka lantas menyembamkan wajahnya di ribaan suami. Zaid mengangkat kembali wajah itu. Ditenung lagi mata itu. Tenungan yang sememangnya tajam semakin tajam jadinya.
" Kalau ayang suruh abang kahwin, kenapa menangis?" Diam!
" Ayang tak sanggup?" Diam lagi

" Kalau tak sanggup, kenapa suruh abang kahwin?" Lidah Sabrina kelu.
" Ayang. Tiada orang lain di hati abang. Ayang tiada celanya. Buat apa abang nak cari lain? Isteri abang hanya seorang. Nur Syahidatul Sabrina namanya. Terima kasih kerana bersama abang selama ini. Melahirkan keturunan abang."

Lagi seminggu Sabrina akan melahirkan bayi yang ketiga. Kalau muzakkar, namanya Umar. Kalau muannas, pastinya Siti Muthiah. Zaid tidak sabar menanti saat itu. Saat lahirnya marjan, sebagai tanda kasih berpanjangan. Sabrina terlalu banyak berkorban. Begitu teguh di belakangnya. Tika dia turun berjuang. Kasihan Zaid melihat Sabrina. Lain pula dia kali ini. Benar-benar tidak bermaya. Mukanya pucat. Langkahnya longlai. Mujur senyuman itu menghilangkan kecatatan yang ada.

" Abang! Takut rasanya kali ini."
" Kenapa? Kan abang ada."
" Entah bang. Melahirkan ni umpama nyawa di hujung tanduk."
" InsyaAllah, segalanya akan selamat."
" Abang..."
" Ya."
" Kalau ada apa-apa yang berlaku pada ayang…”
" Tak akan ada apa-apa yang berlaku.”
" Kalau-kalau…”
" Semua akan selamat," pintas Zaid.
" Kalau-kalaulah,,, Abang nikahilah Hafizah sebagai pengganti ayang."

Inilah wanita. Sekali tergores, sekali terusik, payah nak sembuh. Prasangka tidak pernah luput. Zaid mengerti. Prasangka itu tandanya sayang. Tapi, usahlah begitu. Benarlah kata seorang motivator. Wanita itu mudah tersentuh. Sensitif benar hatinya. Emosinya tidak dapat dibendung. Sentiasa mengikutinya. Menjadi pengawal peribadi yang setia. Sabrina juga tidak terkecuali. Percayalah Sabrina. Cinta abang untuk Sabrina seorang.

" Encik Zaid! Nampaknya pihak kami hanya punya satu jalan. Sama ada ingin menyelamatkan si bayi, atau si ibu."
" Selamatkan keduanya," Zaid seolah memberi arahan.

Zaid memegang erat isterinya. Muka Sabrina pucat lesi. Diusapnya rambut hitam Sabrina. Diciumnya pipi itu. Zaid ingin menangis tetapi tidak sanggup membiarkan air matanya gugur ke bumi. Bukan kerana ego. Sabrina sendiri tidak menangis. Masakan dia boleh menangis? Darah begitu banyak tetapi tangisan bayi masih belum kedengaran. Sabrina sedaya upaya melawan sakitnya. Yang penting, anak Zaid itu lahir ke dunia. Nyawanya nombor dua. Nafasnya kian sesak. Tiba-tiba… Kedengaran bayi mendendangkan lagunya. Makin lama, makin rancak bunyinya. Serentak dengan itu, Sabrina menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ibnu Jarir Meriwayatkan

"Barangsiapa yang mencintai seseorang kerana Allah,Membela seseorang kerana Allah, dan memusuhi seseorang kerana Allah.Maka sesungguhnya hal itu memberikan kecintaan dan pertolongan dari Allah.Dan seseorang tidak akan menemui rasa nikmat iman,sekalipun solat dan puasanya sehingga dia bersikap sedemikian.Persahabatan antara manusia yang bersandaran kepada kepentingan dunia tak berguna sedikit pun bagi mereka"

Sekadar perkongsian,betapa sukarnya untuk menjadi setabah Sabrina andai tidak dilentur dengan tarbiah yang sempurna...Wahai muslimah sejati,persiapkanlah dirimu untuk menjadi MADU bagi PERJUANGAN!!!

"TIDAK ADA APA YG LEBIH MANIS DLM KEHIDUPAN INI MELAINKAN APABILA KITA BERJAYA MEMPEROLEH KEMANISAN IMAN & CINTA ILAHI."

Thursday, November 5, 2009

Hati Seorang Isteri Solehah- "Part 1"

Alhamdulillah usai sudah 2 paper final xzam...tinggal 2 paper lagi untuk berjuang di "medan tempur dunia" ..masih belum sempat lagi diri ini untuk melontarkan idea baru di dalam blog .nie,tapi sedikit perkongsian cerpen yang menyentuh hati ana tuk tatapan semua sahabat....

"Jangan mengharapkan isteri seperti Fatimah, Jika diri tidak sehebat saidina Ali"

" Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, dan menjadikan isteri daripadanya, dan daripada keduanya, berkembang biak lelaki, dan perempuan dengan banyaknya"�
An-Nissa' : 1

Sabrina tahu. Perempuan dicipta untuk lelaki, dan begitulah sebaliknya. Hawa dijadikan Allah sebagai pengisi kekosongan Adam. Allah tahu. Allah maha tahu. Adam tidak betah keseorangan. Lalu terciptalah Hawa. Hawalah penyeri. Hawalah penghibur. Hawa jua racun berbisa. Bila mana iblis gagal menggoda Adam, lalu diganggunya Siti Hawa. Pujuk rayu Hawa akhirnya menundukkan ketaatan Adam terhadap Yang Esa. Lantas dicampakkan ke dunia. Dunia yang penuh kekejaman. Penuh noda. Penuh sengsara. Itulah wanita. Kuasa wanita bukan terletak kepada kekuatannya. Adam jatuh kerana Siti Hawa. Habil, dan Qabil berbunuhan kerana hawa. Bill Clinton menggemparkan dunia ekoran dakwaan si hawa. Pemimpin agung negara juga tersungkur kerana seorang wanita.

Sabrina mengenali Zaid al-Harithah sejak berada di bumi SMKAK lagi. Siapa tidak kenal lelaki itu? Bukan sahaja tampan, malahan mempunyai nilai peribadi yang tinggi. Ya!! Zaid memiliki peribadi yang boleh dibanggakan. Matanya yang tajam bisa menggegarkan jantung si gadis. Rambutnya lurus, kopiah di kepala. Mukanya bersih disinari cahaya. Bibirnya merah, sebagai tanda tidak merokok. Zaid pastinya belum pernah menyentuh Dunhill, Malboro. Tetapi, bukan itu alasannya. Bukan itu puncanya. Ilmu, Ilmunya penuh di dada. Ilmu itu di hujung jarinya. Rasulullah pernah bersabda, "Jika kamu mahukan dunia, dengan ilmu. Jika kamu mahukan akhirat, dengan ilmu. Jika kamu mahu dunia, dan akhirat, dengan ilmu".�

"Umi!! Abu ingat abi."
" Abi sibuk. Nanti malam, abi pulang. Abu dah solat? Pergi solat dulu. Kan abi pesan, solat mesti di awal waktu".

Abu Bakar, Putera sulung Sabrina bersama Zaid. Sebagai tanda cinta berpanjangan. Abu Bakar As-Siddiq, sahabat akrab Rasulullah. Itulah impian Sabrina. Setelah sah menjadi suri Zaid, Sabrina bercita-cita melahirkan zuriat sehebat Saidina Abu Bakar, seberani Saidina Umar, sesabar Saidina Uthman, dan sekental Saidina Ali, menantu kesayangan Rasulullah. Sabrina ingin benar memiliki sebuah keluarga Muslim yang berpegang teguh dengan syariat. Kini, setelah hampir sepuluh tahun melayari bahtera rumahtangga, pasangan itu telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Putera sulung diberi nama Abu Bakar, manakala si puteri dipanggil Fatimah Az-Zahrah.

Fatimah,begitu comel wajah itu. Masih Sabrina ingat. Sewaktu Fatimah dilahirkan, Zaid tiada di sisi. Si suami begitu sibuk dengan kerjayanya. Paginya menjadi seorang doctor di Hospital Besar Alor Star. Malamnya menggegarkan pentas ceramah. Pendakwah bebas. Perginya ke mana-mana. Sabrina bangga memiliki suami yang giat berjuang di jalanNya. Sabrina terharu. Tetapi, naluri wanitanya tetap merasai kesedihan bila mana Zaid tiada di sisi tika dia mahu melahirkan. Andai kata Sabrina menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia mahu memejamkan mata di sisi suami. Di pangkuan suami tercinta.

" Ayang nak letak nama apa"?
" Suka hati abang la. Asal abang suka, ayang tak bantah".�
" Sumayyah?"
" Abang suka?"
"Entahlah. Apa kata Fatimah Az-Zahrah?".�

Zaid mengucup dahi isteri tercinta. Zaid bahagia bersama Sabrina. Zaid bersyukur kerana Sabrina kini menjadi miliknya. Dia tidak salah pilih. Sabrina begitu memahami. Sabrina tidak pernah merungut dengan segala kekurangan. Sabrina sentiasa patuh, dan redha. Zaid tahu, Sabrina kurang setuju dengan permintaanya agar dia berhenti bekerja setelah kelahiran Abu. Tetapi, sebagai isteri yang taat, Sabrina akur. Meskipun bertentangan dengan cita-cita, dan azamnya, Sabrina tetap menerima. Sabrina mahu menjadi setaat Siti Muthiah. Itu Zaid tahu.

Saidatina Fatimah agak kecewa apabila mengetahui bahawa ada wanita lain yang memasuki syurga mendahuluinya. Siapakah dia? Apakah keistimewaannya sehingga disebut namanya oleh Rasulullah? Dialah Siti Muthiah. Wanita agung mentaati suami. Dirinya untuk suami. Kebahagiaan, dan kegembiraan dicurahkan buat suami.

" Wahai Muthiah, apakah perlunya peralatan itu?".� Tanya Fatimah tatkala melihat Siti Muthiah memegang segelas air, sehelai kain, dan sebatang rotan di sampingnya.
" Wahai puteri Rasulullah, kain ini kugunakan untuk mengelap peluh suamiku yang penat bekerja. Air ini kuhidangkan buatnya. Kutahu, dia tentu kehausan setelah lelah membanting tulang mencari rezeki buatku, dan anak-anak".
" Bagaimana pula dengan rotan?
" Jika layananku tidak memuaskan hatinya, aku rela dipukulnya."�
"Adakah dia sering memukulmu?"�
"Tidak. Bahkan dia hanya memelukku di sisinya."�
"ooo. Kamu memang layak masuk syurga," bisik hati Fatimah.

Sabrina ingin menjadi sehebat Siti Muthiah. Taat, dan patuh kepada suami. Menjadi penawar buat suami. Melahirkan permata hati untuk suami. Paling penting, melahirkan pejuang Islam masa depan. Takbir!! Sabrina terkejut dari lamunan. Dia terkenang kisah lampau. Antara dia, dan Zaid. Antara cita-cita, cinta, dan harapan. Konflik berlegar-legar. Cita-cita membantu ibu di desa. Meringankan beban ibu yang melahirkan. Membalas jasa bapa yang membesarkan. Sabrina tahu perit ibu mengandungkan. Sakit ibu melahirkan. Penat ibu membesarkan.
Kakak,
Dulu, kakak cakap, bila kakak dah kerja, kakak nak bawa abang, Amir, Bobo pergi melancong. Nak bawa kami naik kapal terbang. Nak hantar ibu, dan ayah ke Mekah. Kenapa tak boleh sekarang? Kakak tak ada duit ye? Kakak tak cukup duit? Salam sayang dari kami di kampung.
Abang.

Abang,
Bukan kakak lupa. Kakak ingat janji kakak. Tapi, apakan daya. Kakak tak punya sumber. Belanja bulanan, boleh ditanggung. Janji kakak, agak sukar dikotakan. Sayang selalu.
Kakak.

Konflik terus bermain di kepala. Antara ketaatan, dan cita-cita. Antara harapan, dan cinta. Hati Sabrina menjerit. Dia ingin mengotakan janjinya. Ingin meringankan beban ibunya. Sabrina merancang sebegitu lama. Sabrina fikir, jika Zaid membenarkan dia bekerja tetap, pastinya dia dapat menepati kata-katanya. Membantu keluarganya. Mengapalah Zaid tidak pernah mahu mengerti?

"Ayang, minggu depan abang kena bagi ceramah kat Langkawi. Mungkin dalam dua hari".
" Pergilah bang. Orang dah jemput".
" Macam mana anak-anak?"�
" Abu macam biasalah. Sikit-sikit, abinya. Fatimah pula, tiada masalah."

" Ayang penganjur tidak dapat sponsor ceramah abang. Minggu ni, kita jimat sikit ye. Duit ibu dah hantar?"
" Emmm"


Abang,
Bukan harta yang dipinta. Bukan emas yang dirayu. Sabrina ingin selalu di sampingmu.

Sabrina serba salah. Bukan dia tidak tahu dengan kerja suaminya. Sebelah pagi, Zaid bergegas ke pejabat. Malamnya, jika ada jemputan, Zaid perlu berceramah. Kereta Wira itu sahajalah yang membawanya ke mana-mana. Kadang-kadang, Zaid tidur beralaskan kusyen. Kadang-kadang Zaid tidak tidur langsung. Sabrina kasihan melihat suaminya. Meskipun Zaid tidak pernah meluahkannya, Sabrina tetap mahu melihat keselesaan suaminya. Ah!! Iblis begitu kuat menghasut. Sedangkan Nabi junjungan hidup sederhana. Sedangkan sahabat terdahulu lebih hebat dugaannya. Persetankan segala hasutan syaitan laknatullah. Dia perlu sentiasa redha, dan bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan. Allah pernah berfirman, "Ketika Tuhan memberitahu : Dan jika kamu berterima kasih, nescaya Kutambah nikmat yang ada padamu. Tetapi, jika kamu kafir, sesungguhnya seksaanKu amat keras. (� Ibrahim : 7.)
Ya Sabrina perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Seperti biasa, Sabrina menjalankan kewajiban seorang ibu, dan isteri sebaiknya. Mengasuh mengikut pesan suami. Tidak dimanjakan, dan tidak pula terlalu keras. Sabrina begitu bahagia. Alangkah indahnya, jika kelak, dia dijemput Tuhan, tika perit melahirkan zuriat. Bukan sengaja mahu meninggalkan anak-anak tanpa ibu. Suami tanpa isteri. Tetapi, Sabrina mahu mati sebagai syuhadah. Bak kata seorang teman,'hiduplah sebagai ulama, matilah sebagai syuhadah'. Sabrina mahu mati dengan redha suami. Bukan tangisan yang mengiringi pemergiannya. Kadang-kadang Sabrina cemburu. Cemburu memikirkan. Pastinya Zaid akan menikah lagi. Anak-anaknya bakal punya umi baru. Akan ada orang lain di hati Zaid. Memikirkan Ainur Mardhiah pun menggelisahkannya. Apatah lagi wanita di dunia.

" Kakak, Nenek sakit tenat. Baliklah. Ibu suruh kakak balik".
" Abang Zaid tiada. Pergi ceramah di Langkawi. Macam mana kakak nak keluar rumah?"
" Kakak telefonlah dia. Nenek dah nazak. Kakak kena balik."
"Nanti kakak telefon abang Zaid."

Telefon Zaid? Mana mungkin Sabrina mengganggu Zaid waktu itu. Hatinya meronta untuk pulang. Tapi bagaimana? Sabrina tahu, suaminya tidak akan marah. Bukan benda kecil. Hidup mati manusia. Tapi, Sabrina tidak mahu menghalang gerak kerja Zaid. Jika dikhabarkan berita ini, pasti Zaid gelisah. Sabrina yakin, Zaid pasti tidak dapat pulang malam ini. Hendak pulang sendiri? Sabrina mana ada fulus? Kalau untuk dirinya saja, mungkin mencukupi. Tetapi, bagaimana dengan Abu, dan Fatimah? Tinggalkan di rumah? Tidak sama sekali. Apa-apa boleh berlaku. Budak-budak masih kecil. Tidak tahu apa-apa. Tidak mengerti apa-apa. Hendak beritahu ibu duit tidak mencukupi? Sabrina tidak sanggup. Nanti, ibu pasti menjadi seperti inspektor polis yang giat menyoal-siasat banduan. Dari mana datangnya duit yang dikirimkan selama ini? Mana mungkin Sabrina mampu mengirimkan wang jika duitnya tiada? Ibu tidak tahu. Dan ibu tidak perlu tahu. Ibu juga tidak boleh ambil tahu. Sabrina banyak berjimat. Ditahan keperluannya. Dipenuhi kehendak ibu bapanya. Sudahlah dia gagal menghantar mereka ke Mekah. Biarlah dia berkorban sedikit. Hanya sedikit

"Kakak... Nenek dah meninggal."
" Innalillahiwainnailahirajiun."

Sabrina senyum sendiri. Menangis dalam senyuman.

Nenek tua itu telah sampai ajalnya. Telah tiba waktunya. Rambutnya putih. Tiada yang hitam. Mukanya cengkung. Tangannya berkedut. Sabrina sayang orang tua itu. Dialah yang mengasuhnya selama ini. Mendidiknya menjadi orang yang berguna. Ibu juga mendidik. Ayah juga mengajar. Tetapi, keringat ibu, dan ayah lebih diperlukan untuk mencari sesuap nasi. Akhirnya, nenek pergi jua. Meskipun Sabrina tidak menanam cita-cita agar janda kematian suami itu mati di sisinya. Alangkah indahnya jika dia ada bersama tika neneknya sedang nazak menunggu roh keluar dari jasad.

" DaripadaNya kita datang. KepadaNya kita kan kembali."�

" Kak Sabrina."
" Ya saya. Siapa di sana?"�
" Saya Hafizah, anak didik ustaz Zaid."�
" Ustaz tiada. Dia belum pulang. Hafizah nak pesan apa-apa?"�
" Em, Akak... Saya harap akak tidak marah. Tapi, saya dah tak mampu,� talian sunyi sebentar.
" akak, Saya mencintai ustaz Zaid. Saya tidak mampu menipu diri saya sendiri. Saya begitu sayang kepadanya, dan saya sanggup menjadi yang kedua".�
" Ustaz tahu hal ni?"� Sabrina cuba menahan getar di hatinya.
" Mungkin tahu. Tapi, buat-buat tak tahu. Saya terseksa.� Diam lagi.
" Saya yakin ustaz akan mendengar nasihat akak. Kak... Pinanglah dia untuk saya."

Hampir terjatuh gelas putih itu. Sabrina tidak sanggup. Dia tidak sanggup bermadu. Tidak rela dimadu. Apatah lagi berkongsi suami. Sabrina tidak sekuat Saidatina Aisyah. Aisyah juga cemburukan isteri-isteri Rasulullah. Bermadu tak semanis yang disangka. Mungkin lebih pahit daripada hempadu. Sabrina tahu, lelaki yang mampu layak bernikah lebih daripada satu. Malahan dua,tiga, dan empat. Sabrina yakin Zaid mampu mengemudi dua buah bahtera. Tapi................

(to be continue)

About Me

My photo
insan kerdil yang sedang bertatih dalam mencari kehidupan yang hakiki........... i.allah akan menamatkan foundation d IPG kampus Dato' Razali sebelum melngkah ke alam degree yg lebih mencabar tahun hadapan(",)

bArA mUjAhIdAh

Atas izinmu kulahir....
Atas kudratmu kuberdiri
Atas kebesaranmu....
Akan ku gengam bara ISLAM ini

YA RAHMAN,
YA RAHIM,

Titipkanlah selaut kekuatan
Buat hambamu yang lemah ini
Biar ke penjuru dunia
Biar melangit musafirku...

Pasti ku gengam rapi..
AGAMAKU!!!

Layakkah Aku Menjadi Permata Ayahbonda

 

~Raudah Solehah~ Copyright © 2009 Fashionzine is Designed by Ipietoon for Bie Blogger Template
In Collaboration With Teen Celebrities